BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 5, 2010

Cupcakes Hari Ibu







Promosi sempena Hari Ibu, Ima's Specialties menyediakan 2 jenis cuppies strawberry yang mmg sedap.
Didtgkan dlm 16 biji per box iaitu Choc Moist Cupcakes Strawberry + Buttercream & Choc Moist Cupcakes Strawberry + Choc Ganache dgn harga promosi yang cukup murah.
Promosi sepjg bulan Mei 2010 shj!!!
p/s : ini juga blh dijdkan hadiah Hari Lahir,Hari Guru,Anniversarry,Perkahwinan dll ttp bergantung kpd stok strawberry.

Sunday, May 2, 2010

Tempahan Tahlil & Besday



Tempahan kali ni datangnya dari Izan di HRCA Dept di company yg sewaktu dgnku.
Apam Ice Cream ditempah sebyk 350 biji dan cupcakes strawberry 25 pcs utk celebrate besday hubby dan sedara mara yg lahir sama bulan dgn suaminya.
Tempahan ini akan dibawa ke Batu Pahat Johor ari khamis malam
mak oiii..jauh ko berjln ye apam...hik3..
Alhamdulillah manage jgk siapkan dan semoga Izan berpuas hati...
Kebtln buat apam ini, ada jgk la yg tumpang menempah 50 biji jgk iaitu Hazita di HSE Dept utk morning pot luck di dept dia..tmbh jgk kakakku tersayang Fatimah dr PMM nk "cuba rasa" RM5 hengget..tocei3x...hik3...Alhamdulillah syukur atas rezeki Allah beri hari nih..
seag Cik Nida HRCA Dept jgk yg order 3 kotak tp malangnya aku tak smpt nk ambik gambo..sori nida neh..he3..lupa lak nok bg kredit ke dia..

Tuesday, April 27, 2010

Cara Buat Apam Ice Cream











Alhamdulillah rezeki dgn jualan apam ice cream ni mmg hebat sekali..sambil2 cbuk dgn keja,bisnes, tak menang tgn dibuatnya dgn tempahan sana sini..
Kebetulan pulak ada yg tanya camana nk buat apam ice cream ni, ima tentunya taknak kedekut resipi sb rezeki ni pun Allah yg bagi..boleh la cuba sdri k..senang saja...

Apam Ice Cream
Bahan2:-
4 biji telur
2 cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
1 cawan ice cream soda (air minuman dlm botol)
1 sudu teh esen/perisa pisang/ros
Pewarna (merah/hijau atau ikut suka)

Cara2 :-
Panaskan kukus. Pastikan penutup kukus dibalut dgn kain utk mengelakkan wap air kukusan
menitik atas kuih.
Tepung,baking pwdr dicampur dan ayak. Masukkan ovalette.
Telur & gula dipukul hingga kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan ice cream soda dan esen pisang.
Asingkan 3 bhgn dan letakkan pewarna yg disukai.
Isikan dlm bekas/cup kecil dilapik cwn plastik kecik (thn kukus) berselang seli warna utk mendptkan corak yg menarik.
Kukus selama sekrg2nya 15-20 minit atau hingga apam merekah.












Friday, April 16, 2010

Cupcakes Perkahwinan



Cupcakes ini adalah hadiah sempena perkahwinan boss suamiku iaitu Ketua Penerangan merangkap majikan tmpt dia bekerja.
Hubby mtk buatkn strawberry cupcakes + tema warna hijau..
Masalahnya tgh demam ni,so gagahkan diri jgk utk buatkan yg majlis akad nikah yg bakal berlangsung ari sabtu (17/4) di Kuala Terengganu..tak tau la boleh pegi ke tidak nih sb tak larat btl la demam kali nih...