BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 27, 2010

Cara Buat Apam Ice Cream











Alhamdulillah rezeki dgn jualan apam ice cream ni mmg hebat sekali..sambil2 cbuk dgn keja,bisnes, tak menang tgn dibuatnya dgn tempahan sana sini..
Kebetulan pulak ada yg tanya camana nk buat apam ice cream ni, ima tentunya taknak kedekut resipi sb rezeki ni pun Allah yg bagi..boleh la cuba sdri k..senang saja...

Apam Ice Cream
Bahan2:-
4 biji telur
2 cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
1 cawan ice cream soda (air minuman dlm botol)
1 sudu teh esen/perisa pisang/ros
Pewarna (merah/hijau atau ikut suka)

Cara2 :-
Panaskan kukus. Pastikan penutup kukus dibalut dgn kain utk mengelakkan wap air kukusan
menitik atas kuih.
Tepung,baking pwdr dicampur dan ayak. Masukkan ovalette.
Telur & gula dipukul hingga kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan ice cream soda dan esen pisang.
Asingkan 3 bhgn dan letakkan pewarna yg disukai.
Isikan dlm bekas/cup kecil dilapik cwn plastik kecik (thn kukus) berselang seli warna utk mendptkan corak yg menarik.
Kukus selama sekrg2nya 15-20 minit atau hingga apam merekah.












Friday, April 16, 2010

Cupcakes Perkahwinan



Cupcakes ini adalah hadiah sempena perkahwinan boss suamiku iaitu Ketua Penerangan merangkap majikan tmpt dia bekerja.
Hubby mtk buatkn strawberry cupcakes + tema warna hijau..
Masalahnya tgh demam ni,so gagahkan diri jgk utk buatkan yg majlis akad nikah yg bakal berlangsung ari sabtu (17/4) di Kuala Terengganu..tak tau la boleh pegi ke tidak nih sb tak larat btl la demam kali nih...

Wednesday, April 7, 2010

Tempahan Perkahwinan






Malam ini menyiapkan tempahan untuk majlis perkahwinan adik ipar kpd Fadilah (Derivatives Dept) iaitu Cupcake Strawberry & Praline Chocolate untuk hantaran.
Dia mtk reben tema blue terquiose dan inilah hasilnya..
Dia nk guna ari sabtu tp nk bwk balik kg ari khamis jd hopefully tak cair ye..hik3..
Dugaan btl kalau buat tempahan bila si kembar ni meragam tp alhamdulillah manage siapkan jgk..
Semoga Fadilah berpuas hati..

Saturday, April 3, 2010

Roti Piza




Mcm biasa malam ni kenalah buat roti utk jualan..
kebiasaannya hanya roti piza tp malam ni rasa mcm nk mkn roti kacang..jd buat la sikit..